Wednesday, 14 September 2011

Mandi Lumpur

0
Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."


Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak

Kalau Abang Meninggal / Kalau Ayang Meninggal

0
Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…


Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak

Saturday, 20 August 2011

Budak kecil, lelaki tua dan cokelat

0
Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah, "Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit" Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. "Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!" Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga." "Dia pun kata jangan makan makanan ringan?" "Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN

Tangguh Lagi

0
Alex mengeluh kepada Robet kerana dia tidak dapat menghilangkan kebiasaan buruknya iaitu suka menangguh suatu pekerjaan.

Robet memberikan sebuah solusi dengan menunjukkan buku yang berjudul "BAGAIMANA SUPAYA ANDA TIDAK MENUNDA LAGI".

Alex mengambil buku itu lalu berkata, "Baiklah, akan kubaca buku ini di lain masa."

Puisi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Kahwin Lain

0
Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

Pesan Nasi Goreng Ayam

0
Pelanggan: "Tolong beri saya nasi goreng ayam."

Pelayan: "Dengan senang hati, sekejap lagi sampai"

Pelanggan: "Tidak, dengan teh ais saya nak minum."

Pelayan (dalam hati): "Cis !! Loyar buruk ke, tak paham apa yang aku bahasakan".


Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak - Pesan Nasi Goreng Ayam

Bibik Jawab Telefon

0
Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)


Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak

Jam Budak Punk

0
Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.


Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak

Balasan Perempuan Kerek

0








Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan.
Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya.”Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol,” katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.
Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. “Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau,” kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagi lar menyampah giler mamat tu.
Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sed! ia lar nak keluar dari lif. “Proootttt!! ! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan “gas aslinya” dalam lif tu.
“Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,”kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif.

Thursday, 11 August 2011

Perodua

0
Seorang YB telah melawat sebuah kawasan di pedalaman... Kawasan itu sememangnya masih mundur dan merupakan salah satu kawasan yg sangat daif di Malaysia...YB sangat sedih melihat keadaan kampung dan penduduknya yang begitu menyedihkan... Oleh itu, beliau berniat untuk mendermakan sebuah kereta perodua utk mereka sbg kenderaan utk berulang alik ke hospital, sekolah dan mana-mana destinasi la... YB pun bertanya kpd penduduk,"Korang nak ape? Rusa ataupun Kancil?"....

Wakil penduduk menjawab,"Kami tak kisah...

peti esbok

0
@@@@ MISTERI @@@@

Satu hari Chot terbangun malam. Dia nak terkencing. Dia pun masuk bilik
air. Chot sungguh terkejut bila lampu tu terbuka sendiri.

Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet... Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri... Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun
menceritakan hal yang terjadi kat toilet tadi..lampu tu terbukak dan padam
sendiri.

Bini Chot yg dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.. "dah... dia buat dah perangai lama... Awat hang kencin dlm peti ais...???

keberanian panglima

0
Pada satu hari di istana raja zaleman ibni tuanku rang dang dung,

tersebut satu kisah raja ingin mencabar para penduduknya untuk beradu keberaniaan membina semula jejambat yg telah roboh akibat dimusnahkan oleh sang boya purana(boye zaman parameswara) mengutus satu permohonan mengambil bahagian untuk membina semula jembat yg telah roboh itu dalam mase yg same sang boya purana masih lagi berlegar2 dipermukaan sungai menunggu mangsa yg menyahut cabaran itu

Lalu apabila mendengar titah raja zaleman lalu berkumpulah org kampung berdiri di tebing sungai sambil melihat gigi sang purana tersenyum lebar tersipu2 siap boleh kuak lentang boya tu(kuang ajaq btoi)apabila mengetahui perutnya akan berisi manusia

raja zaleman : wahai para penduduk puri cendana sudikah kalian menyahut cabaran beta untuk membina semula jejambat ini.akan beta anugerahkan apa saja permintaan kamu.beta mengharap pertolongan dari kamu sila seberangi sungai ini bertemu beta.



penduduk: gggg! gggg! kami tak berani tuanku(sebelum lari lintang pukang apabila sang purana mengenyit matanya pada penduduk.



raja zaleman begitu sedih dan terduduk di tebing,sambil tanganya xhenti2 mengetuk dahi tanda kecewa kerana penduduk tidak berani dlm hatinya berkata 'adoi ni baru boya kalu negeri aku kne serang cmne la,bodoh btol la mangkuk2 ni'

dengan tak semena2!

KEDEBUSHHHH!! huuhh! huhhh! huhh!

berpaling raja zaleman ke hadapan berbunga hatinya pabila melihat seorang pemuda ini sangup mengadaikan nyawanya untuk kepentingan raja dan berjaya mengeberangi sungai tanpa mengakibatkan kehilangan nyawa.

dengan terbahak2 ketawa dan kegembiraan yang xterkata raja zaleman mengoffer ganjaran kepada pemuda yang gagah berani ini tanpa menunggu masa dan ketika

raja zaleman : syabas anak muda! syabas! wahai pemuda yang beta sanjungi mintalah apa saja pada beta,beta akan tunaikan segala permintaan kamu.

anak muda dengan termengah2 sedikit pun tidak senyum atau gumbira dengan wajah yg slamm dan permintaanya diluahkan,

anak muda : YA! hamba ada permintaan,tolong cari siapa yang tolak hamba kedalam sungai td!!

raja zaleman : erkk!

keberanian panglima

0
Pada satu hari di istana raja zaleman ibni tuanku rang dang dung,

tersebut satu kisah raja ingin mencabar para penduduknya untuk beradu keberaniaan membina semula jejambat yg telah roboh akibat dimusnahkan oleh sang boya purana(boye zaman parameswara) mengutus satu permohonan mengambil bahagian untuk membina semula jembat yg telah roboh itu dalam mase yg same sang boya purana masih lagi berlegar2 dipermukaan sungai menunggu mangsa yg menyahut cabaran itu

Lalu apabila mendengar titah raja zaleman lalu berkumpulah org kampung berdiri di tebing sungai sambil melihat gigi sang purana tersenyum lebar tersipu2 siap boleh kuak lentang boya tu(kuang ajaq btoi)apabila mengetahui perutnya akan berisi manusia

raja zaleman : wahai para penduduk puri cendana sudikah kalian menyahut cabaran beta untuk membina semula jejambat ini.akan beta anugerahkan apa saja permintaan kamu.beta mengharap pertolongan dari kamu sila seberangi sungai ini bertemu beta.



penduduk: gggg! gggg! kami tak berani tuanku(sebelum lari lintang pukang apabila sang purana mengenyit matanya pada penduduk.



raja zaleman begitu sedih dan terduduk di tebing,sambil tanganya xhenti2 mengetuk dahi tanda kecewa kerana penduduk tidak berani dlm hatinya berkata 'adoi ni baru boya kalu negeri aku kne serang cmne la,bodoh btol la mangkuk2 ni'

dengan tak semena2!

KEDEBUSHHHH!! huuhh! huhhh! huhh!

berpaling raja zaleman ke hadapan berbunga hatinya pabila melihat seorang pemuda ini sangup mengadaikan nyawanya untuk kepentingan raja dan berjaya mengeberangi sungai tanpa mengakibatkan kehilangan nyawa.

dengan terbahak2 ketawa dan kegembiraan yang xterkata raja zaleman mengoffer ganjaran kepada pemuda yang gagah berani ini tanpa menunggu masa dan ketika

raja zaleman : syabas anak muda! syabas! wahai pemuda yang beta sanjungi mintalah apa saja pada beta,beta akan tunaikan segala permintaan kamu.

anak muda dengan termengah2 sedikit pun tidak senyum atau gumbira dengan wajah yg slamm dan permintaanya diluahkan,

anak muda : YA! hamba ada permintaan,tolong cari siapa yang tolak hamba kedalam sungai td!!

raja zaleman : erkk!

bruce lee vs jacky chan vs jet li vs den

0
den nak tanya korang mana lebih handal tangkap lalat tengah terbang ?? ...

bruce lee vs jacky chan vs jet li vs Eden ( aku la tu)

pasal tu den nak bagitau den lagi handal sb diorang tangkap guna 2 chopstik, dua jari la, dan tangan la.. tapi den lagi handal.... satu jari yo / satu chopstik dah dapek tangkap lalat .. cayo tak /// besok den cito ngan korang camno nak tangkap.. sonamg cakap korang beguru ngan den la...

tak pun korang cerito sikit camno nak tangkap lalat ngan satu jari ni.. ??

malu...

0

Ahmad dan Abu tinggal dlm sebuah kampung.....

satu hari mereka masuk pertandingan bola sepak malangnya mereka kalah 4-0....

disebabkan rasa malu berdepn ngan org kampung(kalah teruk la katakan)...

mereka melarikan diri ke bandar dan menyamar.....

Ahmad memakai baju ala2 cowboy dan pergi ke bandar kuala lumpur....

dia berjumpa dngn seorang nenek .... nenek 2 berkata "eh kau buat apa kat sni"

ahmad memandang pelik nenek itu kemudian berlalu pergi dari situ....

keesokan harinya dya memakai pakaian ala2 pak arab dn pergi ke bandar kuala lumpur....

dya berjumpa lagi dngn nenek itu....nenek itu berkata "eh jumpa lagi kita kat sni"

ahmad rasa hairan dn bertanya "mcm mna nenek kenal sya?" nenek itu berkata "eh kau ni bwat2 x knal plak ni ak la Abu...."

Sahabat..

0
2 org sahabat yg lama x berjumpa...tibe2 tersermpak di pasaran..22 shabat ini mempunyai anak..Dan Bercerita la.

Aini: Hye da lame kita x berjumpe kan...

Minah:a'a la..da lame kite x brjumpa..

Aini:Ha..mcm mne ngan anak ko Baik x Perangainyer...

Minah: x lah dye degil..KaW PUlak mcm mne?

Aini: Anak aq baik..

Minah:dia selalu balik mlm x? atau minum arak?

Aini: oh tidak..

Minah:Dia slalu kurang ajar dgn kamu x?

Aini:oh tidak..tidak same skali..

Minah:Berapa Umurnya

Aini:Ermm..Besok Genap 6Bulan La.

Minah: Bengang Dan melanjutkan pembeliannya dan Pergi...

Temuduga Terbuka part 2

0
siti : Aku baru je gi temuduga terbuka kat syarikat tu tadi, masa aku masuk bilik temuduga terus kena terajang.

maimun : Aik, pasal apa pulak?

siti : Aku buatlah apa yang member aku suruh, sebab dia senang-senang dapat kerja cara tu. Tapi lain pulak jadinya.


maimun : Laa... dia suruh buat apa?

siti : korek longkang.

maimun : Member kau lelaki ke pompuan?

siti : lelaki.

maimun : Patut le...

pantun lawak

0
Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Tuesday, 9 August 2011

Selayaknya Engkau Kuceramahi

0
Mata Ema bengkak-bengkak. Zaiha merenungnya dengan lembut namun tajam.

“Sudah lebih sepuluh kali engkau datang mengadu kepada aku, dengan keadaan begini. Tersedu-sedu, mata bengkak, badan lebam-lebam. Engkau sedar atau tidak betapa sedihnya keadaan engkau ini?”

Ema melayan sedunya. Tidak sepatah pun dia menjawab. Tidak sekelumit pun reaksi wajahnya berubah. Bahunya masih terhinggut-hinggut.

“Engkau tahu atau tidak, aku bukan sedih mendengar kisah engkau. Aku sedih, malah kecewa dengan sikap engkau sendiri!”

Keras kali ini bunyi suara Zaiha. Ketap giginya kedengaran. Dia menarik nafas dan menghembuskannya keras.

Sedu Ema berkurangan. Matanya diangkat perlahan. Bahu masih terhinggut-hinggut.

“Aku ini malang. Sudahlah dianiayai suami hingga jadi begini. Kini engkau, sahabat baik aku, memarahi aku?”

Zaiha menggenggam kedua tangannya dengan kuat.

“Engkau bukan malang. Engkau, bertindak macam orang tidak punya Tuhan!”

Langsung berhenti sedu dan bahu yang terhinggut. Merah padam wajah Ema, hampir membayangi lebam di pipinya.

“Apa engkau cakap?”

“Engkau bertindak macam orang tidak punya Tuhan!”

Ema bingkas bangun. Ditarik tangan kedua anaknya yang sedang lena. Terpisat-pisat dua kanak-kanak itu lalu menangis serentak.

“Engkau duduk di sini, aku belum selesai!”

Tanpa menghiraukan anak-anak yang riuh menangis, Ema berpaling dengan mata yang merah seperti naga mahu menelan puteri tawanannya.

“Engkau menghina aku, mempertikaikan akidahku. Kemudian, engkau mahu aku duduk dan dengar lagi cercaan engkau? Sudahlah aku dalam keadaan begini. Sedikit simpati pun aku tidak dapat!”

Bangun Zaiha lalu mendukung kedua-dua anak Ema dan meletakkan mereka ke atas sofa. Kemudian ditariknya tangan Ema, dan didudukkan dengan kasar ke sofa yang satu lagi. Zaiha menarik sebuah kerusi rotan, lalu duduk lutut bertemu lutut dengan Ema. Merah padam di wajah Ema belum terhakis.

Zaiha menjerkah, “Pandang aku!”

Ema merenung tajam mata Zaiha.

Bahu Ema dipegang.

“Engkau dengar sini. Dengar sini!”

Ema bertempik, “Apa dia!”

“Engkau tahu beristighfar?”

“Tentulah aku tahu! Engkau fikir aku siapa?”

“Jadi, engkau beristighfar sekarang.”

Mulut Ema memuncung, matanya mengecil merenung Zaiha. Nafasnya turun naik dengan pantas.

“Dengar cakap aku, istighfar sekarang! Engkau tahu, mata engkau sedang merah? Syaitan sedang menari-nari dalam hati engkau. Istighfar!”

Ema menundukkan pandangannya. Mulutnya berkumat-kamit. Seketika kemudian, dia kembali tersedu-sedu. Dia mengongoi, ”Kenapa hidup aku begini? Ada suami, aku diseksa. Ada sahabat, marah-marah kepadaku. Aku sudah habis langsung tempat bergantung.”

Zaiha menepuk-nepuk bahu Ema.

“Istighfar lagi, istighfar!”

Mulut Ema kembali berkumat-kamit. Dia tersandar ke sofa. Kemudian ditolehnya anak-anak yang sudah kembali lena dengan sedu. Airmatanya mengalir.

“Apalah nasib aku, Zaiha? Kenapa aku ditakdirkan begini sekali? Aku harap bahagia dengan Saif. Hidup senang dengannya, ceria dengan anak-anak. Kenapa aku tidak boleh bahagia seperti orang lain?”

Zaiha menarik nafas dalam-dalam. Kali ini hembusannya lembut berbanding tadi.

“Ema, sekian lama aku sama-sama tanggung derita engkau. Setiap kali Saif membelasah engkau, aku turut sama rasa pedihnya.”

Ema diam.

“Tetapi kali ini, sudah masanya aku perlu berterus terang dengan engkau. Sudah lebih sepuluh kali. Lebih sepuluh kali, Ema! Engkau mahu bertahan sampai bila? Walaupun engkau isteri, engkau berhak menuntut hak atas diri engkau sendiri!”

Airmata yang bersisa, dikesat dengan hujung tudungnya. Ema bersuara lemah, “Aku tidak boleh hidup tanpa dia. Mati aku kalau dia tidak ada, Zaiha. Mati aku!”

Zaiha menjegil mata.

“Siapa kata? Siapa kata kalau Saif tiada, engkau mati?”

Ema menunduk.

“Selama ini dia yang tanggung aku. Ke mana aku pergi, dia yang hantar. Duit belanja semua dia yang beri. Kalau dia tidak beri duit, aku dan anak-anak kebulur. Kebulur!”

“Sebab inilah aku kata engkau bodoh, bertindak macam orang tidak punya Tuhan!”

Terkulat-kulat Ema yang masih bersandar di sofa.

“Salahkah apa yang aku cakap? Aku isteri, tentulah pergantungan aku kepada suami. Itu tanggung jawab suami, tentu engkau pun tahu.”

Zaiha merenung Ema sambil kepalanya menggeleng beberapa kali.

Ema menyambung lagi, “Sejak berkahwin dengannya, hidup aku terjaga. Aku rasa terjamin. Makan pakai semuanya cukup. Dia bawa kami berjalan-jalan makan angin. Bila hari jadi, dia pasti belikan hadiah. Kadang-kadang, bukan hari jadi pun dia beri hadiah mengejut.”

“Penampar, penerajang, penumbuk ini pun hadiah?”

Zaiha menyentuh pipi Ema yang lebam. Ema mengaduh.

“Berhentilah jadi hamba manusia yang bodoh.”

Tersentak Ema, lalu memandang sayu kepada sahabatnya itu.

“Mengapa kasar benar tutur kata engkau kepada aku hari ini? Mengapa aku pula yang kau marah? Sedangkan aku ini mangsa yang teraniaya.”

“Sedar pula engkau teraniaya? Tadi bukan main puji suami kesayangan engkau itu?”

Ema diam.

Zaiha memegang bahu Ema, merenung tepat ke matanya dan berkata, “Selayaknya engkau kuceramahi!”



“Mengapa engkau masih di sini? Setia benar dengan majikan yang berhati binatang bernafsu syaitan itu?”

Karim tersengih. Dia menyapu bahu kemeja lusuhnya yang dihinggap debu.

Azlan menggeleng.

“Sudahlah, Karim. Banyak lagi pintu rezeki di luar sana yang Tuhan sediakan. Mengapa masih lagi memperbodohkan diri sendiri, taat dan bersubahat dengan majikan zalim dan kaki maksiat?”

Senyum Karim bagai dipaksa. Air sirap bandung disedut perlahan-lahan. Kemudian dia menyudu nasi goreng ke mulutnya, juga dikunyah perlahan-lahan.

“Sudah berapa lama engkau kerja dengan Hisham?”

Karim menghabiskan dan menelan kunyahannya.

“Lapan tahun.”

“Memang engkau gila! Betul-betul gila!”

“Aku cari rezeki halal.”

“Bersubahat dengan kezaliman dan maksiat majikan, itu tidak pula engkau ambil kira hukumnya?”

Karim diam. Dia menyua sesudu lagi nasi goreng ke mulut.

“Apa yang engkau takutkan sangat? Mengapa masih bertahan, dan mempertahankan Hisham?”

Sudu dan garfu diletakkan di atas pinggan. Karim menyedut air sirap bandung, dan kemudian berkata, “Aku tidak berkelulusan tinggi seperti engkau. Rupa tiada, harta pun tiada. Aku bersyukur Hisham mahu gajikan aku. Kalau aku berhenti, entahlah ada atau tidak majikan lain yang mahu terima aku. Entah lebih buruk daripada apa yang Hisham beri pada aku.”

“Astaghfirullah al azim! Engkau bercakap macam orang tidak punya Tuhan!”

Pantas Karim menggeleng.

“Aku tidak bermaksud begitu. Aku hanya sampaikan apa yang aku fikirkan dan ia memang yang sebenarnya bagi diri aku.”

“Adakah engkau sedar, engkau meragukan pintu rezeki yang Tuhan sediakan di luar sana?”

Karim diam.

“Pandang aku, Karim. Pandang aku.”

Karim memandang wajah Azlan, takut-takut.

“Jawab soalan aku. Siapa yang beri engkau gaji?”

“Hisham.”

“Hisham itu siapa?”

“Majikanku.”

“Siapa beri Hisham wang?”

“Dari bisnes yang dia usahakan.”

“Siapa beri Hisham rezeki?”

Karim terkulat seketika.

“Tuhan….”

“Siapa hidupkan Hisham?”

Suara Karim makin perlahan, “Tuhan….”

“Jadi, masih lagi engkau bergantung kepada Hisham, mengapa? Siapa Hisham?”

“Keras benar engkau kepada aku, Azlan.”

“Seharusnya aku berkeras sejak awal lagi. Sudah lapan tahun engkau membutakan mata, memekakkan telinga dengan maksiat yang Hisham buat. Kelab malam, pusat judi, rumah mewah sana sini yang dibinanya engkau diamkan. Perempuan murah yang dilanggan saban malam, engkau buat tidak nampak. Duit rasuah yang Hisham ambil dan jadi gaji engkau, engkau beri anak isteri makan. Dengan aku sekali terhambur dosa kerana tidak menegur engkau. Nah, hari ini, aku tidak mahu berlembut lagi. Hati engkau yang keras, perlu aku hentak dengan kata-kata yang keras!”

“Aku susah kalau tidak ada Hisham… siapa mahu beri anak isteri aku makan. Lagi pula dia banyak berbudi kepadaku.”

Azlan bingkas bangun. Jari telunjuknya menuding tepat ke muka Karim yang terpinga-pinga.

“Selayaknya engkau kuceramahi!”



Dua lokasi berbeza. Dua gender berbeza. Dua situasi yang hampir sama.

Zaiha masih duduk lutut bertemu lutut dengan Ema di rumahnya.

Azlan duduk bersila lutut bertemu lutut dengan Karim di hadapan mimbar masjid.

Lalu Zaiha dan Azlan berkata….

“Kawan, hidup engkau rungutkan. Takdir engkau salahkan. Apa pernah sekali, hanya sekali, engkau tanyakan pada diri – apa yang sudah atau tidak engkau sendiri lakukan sehingga Tuhan memberikan engkau peringatan sebegini? Apa tanggung jawab yang tidak engkau laksanakan bagi mengubah situasi dan memperbaiki diri?”

Kata-kata disambung….

“Kepada siapa yang sepatutnya engkau gantungkan takdirmu?”

Zaiha merenung Ema, “Kepada Saif?”

Azlan merenung Karim, “Kepada Hashim?”

“Atau kepada Tuhan?”

Ema diam.

Karim diam.

“Siapa Saif?”

“Siapa Hashim?”

Ema menunduk.

Karim menunduk.

“Dia itu manusia. Ya, manusia seperti engkau. Manusia seperti aku. Kalaupun dia selama ini yang membekalkan wang kepada engkau, lalu engkau dapat terus hidup walaupun derita. Dia hanya perantaraan antara engkau dengan rezeki yang Tuhan keluarkan. Sekadar perantaraan!”

Suasana hening. Bagaikan selepas pengumuman kematian seorang yang tidak terduga.

Zaiha menggenggam kedua tangan Ema, lalu berkata, “Engkau terlalu taksub dengan suamimu yang kejam, hanya kerana engkau takut hidupmu merempat dan hina jika dia meninggalkan engkau. Engkau gentar memikirkan kemiskinan jika dia tiada bersama engkau. Engkau terlalu paranoid dengan gelaran janda dan ibu tunggal sehingga sanggup terus diperlakukan seperti anjing kurap di jalanan. Kawan, yang mana lebih engkau gerunkan? Hinaan manusia atau hinaan Tuhan?”

Azlan menepuk-nepuk bahu kanan Karim, lalu berkata, “Engkau terlalu taksub dengan majikanmu sehingga engkau beranggapan dialah yang menaungi hidupmu selama ini. Engkau langsung tidak berani keluar daripada zon selesamu hanya kerana tidak yakin ada rezeki lain untukmu di luar sana. Bagaimana engkau boleh yakin, sedangkan engkau tidak pernah berusaha menukar majikan? Boleh jadi majikan baru lebih baik, bukan sahaja memberimu kehidupan yang bahagia. Mungkin juga majikan barumu dapat membantu engkau berjalan dengan selesa ke syurga!”

Zaiha menarik nafas.

Azlan menarik nafas.

“Jika kau anggap selama kau hidup, yang menjamin rezekimu, keamananmu, kesenangan hidupmu adalah manusia; sedang tiap hari berdirinya engkau ditampung Tuhan, bernafasnya engkau disambung Tuhan, celik matamu, dengar telingamu itu subsidi Tuhan, maka perbaikilah syahadahmu.”

Kepala Ema semakin menunduk.

Kepala Karim semakin menunduk.

“Tiada Tuhan selain Allah. Muhammad utusan Allah. Bergantunglah hanya kepada Allah. Dia Maha Pemurah dan melimpah-limpah rahmatNya. Dialah yang menciptakan manusia dan membolehkan kita memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan yang kau lihat tiap hari beredar dengan aturan dan hitungan tertentu. Tumbuh-tumbuhan yang melata, pepohon kayu semua tunduk kepada perintahNya.”

Zaiha memejamkan mata.

Azlan memejamkan mata.

“Bumi dijadikan rata bagi kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain. Terdapat di bumi ini, pelbagai jenis buah-buahan dan pepohon tamar yang ada kelopak-kelopak mayang. Ada juga biji-bijian yang punya jerami dan dedaun. Juga bunga-bungaan yang kau kata harum. Nah, nikmat Tuhan yang manakah yang hendak engkau dustakan?”

Airmata mengalir ke pipi lalu jatuh ke lantai.

“Kawan, pergantungan hanya pada Allah. Bukan suami, bukan majikan, bukan siapa pun. Hanya pada Allah.”

— TAMAT —

Friday, 5 August 2011

The End of a Magical Era

0
“It all ends” was a phrase spoken and seen on posters around the world. No, it was not another end-of-the-world hoax. The phrase referred to the end of a thirteen-year journey with the popular series Harry Potter by British author J.K. Rowling. So, though this was not the end of the Earth, it was indeed the end of a very special world for millions of dedicated fans who have followed the adventures of Harry Potter and his friends through seven books and eight movies.
Since the first book, Harry Potter and the Sorcerer’s Stone (titled Harry Potter and the Philosopher’s Stone in England and other countries), was released in June of 1997, fans have been enraptured by the magical world. Upon turning 11 years old, many awaited their acceptance letter from Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. Of course we were all met with disappointment when no owl had appeared at our doorstep. But that never changed the passion every fan had for the story. The characters were relatable; people spoke about Harry, Ron Weasley and Hermione Granger as if they knew them personally. The other characters came to life too, every one of them unique, and every fan having a favorite. And every year that a Harry Potter book was released, countless fans lined up at their local bookstores to receive their copy right at midnight, unable to wait another second to find out what happened next, and to make sure the story wasn’t spoiled for them.

The series began a trend of reading. The magic of the story and the excitement it brought for those awaiting the next book was inspiring and encouraging. All over the world, children and adults can be found reading one of the seven novels. It is as though Rowling, without expecting it, began an era of reading.

Though the final book Harry Potter and the Deathly Hallows was released in July 2007, the final movie, Deathly Hallows Part II (the book had to be split into two movies), was released in theatres on July 15, and many excited fans had their tickets to the movie’s midnight-release long before then. On the night of July 14, fans of Harry lined up to watch the final chapter of the final Harry Potter. At Glen Cove Cinema, and probably many other movie theatres, those who saw the movie in 3D at midnight received special-edition Harry Potter 3D glasses that matched the round-framed glasses of the famous wizard. Lines to get into the theatre were incredibly long, and with most every midnight show sold out, there was a rush to get the best seats in the theatre. Although many of these audience members first fell in love with the books and already knew the how the story ended, this did not dampen their excitement. In fact, they were the most excited, waiting to see how each scene from the book played out on screen, and nobody was disappointed. The movie remained true to the plot, the beloved characters, and the astounding author. As the final credits rolled at the end of Deathly Hallows Part II, there was a feeling of the end of an era; the end, for many, of an entire childhood.

The magic still lives on, however, for the series that has become a franchise is not going to magically disappear once the movie leaves theatres. The Wizarding World of Harry Potter in Universal Studios in Orlando, FL. will likely be as crowded as ever in the next few months. As well, there are still supplementary books to be read, books that were mentioned within the series, such as Fantastic Beasts and Where To Find Them, Quidditch Through the Ages, and the fairy-tale book featured in the last novel The Tales of Beedle the Bard, all by Rowling. J.K. Rowling also recently announced that, in the very near future, a website called “Pottermore” will be launched, giving fans an entirely new way to live the story.

Perhaps the most popular question asked to a Harry Potter fan is “which house are you in?” referring to the four “houses” students belong to while at Hogwarts. The four are: Gryffindor, Hufflepuff, Ravelclaw, and Slytherin. The Sorting Hat places students into their houses on their very first night as a first-year student. The Sorting Hat is a hat that can decipher even the deepest traits of a witch or wizard, and place them into the House that best matches their personality. It seemed unfair that only the characters in the book could be sorted, so not long after the books gained some popularity did Sorting Hat quizzes appear. There are many quizzes on the Internet, each with different personality-trait questions and situation questions such as “If you found a wallet on the ground but did not see who dropped it, what would you do,” followed by a series of four different answers. There are a few good ones out there, so if you wish to be sorted and become a part of Hogwarts, simply Google (or whichever Internet search-engine you may prefer) “Sorting Hat quiz” and you are guaranteed to get a great deal of choices. One excellent quiz can be found here: http://vh.7dragons.net/hp/sortinghat2.php (be sure to type that in exactly, and it will take you to a wonderful intro, leading to the Sorting Hat). For those of you who do not know, Harry and his two best friends Ron and Hermione are all Gryffindors.

At the World Premiere of the final film, fans gathered in London’s Trafalgar Square, hoping to catch a glimpse of Rowling, Daniel Radcliffe (Harry Potter), Rupert Grint (Ron Weasley) and Emma Watson (Hermione Granger), as well as director David Yates. Before the movie began on the giant screen, the stars of the film said a few words of thank you, and then Rowling spoke. Through tears, she thanked the film’s cast and crew, and every single fan, for a wonderful 13 years, and she ended her speech reassuring all of us that “whether you come back by page or by the big screen, Hogwarts will always be there to welcome you home”

Wednesday, 3 August 2011

Jadual Berbuka Puasa 2011 & Waktu Imsak Seluruh Negeri-Negeri Di Malaysia

0

Jadual Berbuka Puasa 2011 & Waktu Imsak Seluruh Negeri-Negeri Di Malaysia

[Jadual Berbuka Puasa 2011] Alhamdulillah……seluruh umat Islam di Malaysia pasti baru selesai bersahur awal pagi tadi. Bermulalah peperangan kita sebagai umat Islam pada hari pertama puasa sehingga tibanya waktu berbuka puasa nanti di sepanjang bulan Ramadhan kali ini (Waktu puasa adalah dari terbit fajar shadiq (waktu subuh) sampai terbenam matahari : waktu maghrib)
Bersahur pun adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fekah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.
Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :
Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur
(Hadis riwayat An-Nasaie.)
Nampak? Yang mana terlepas atau malas nak bangun bersahur pagai tadi, boleh mulakan azam pada hari kedua Ramadhan pula ya…..Insyaallah.
Niat Puasa (Esok Hari)
niatpuasa2 Jadual Berbuka Puasa 2011 & Waktu Imsak Seluruh 
Negeri Negeri Di MalaysiaNiat Puasa (Sebulan Ramadhan)
niat1puasa Jadual Berbuka Puasa 2011 & Waktu Imsak Seluruh 
Negeri Negeri Di MalaysiaNiat Berbuka Puasa
niat bukapuasa Jadual Berbuka Puasa 2011 & Waktu Imsak Seluruh
 Negeri Negeri Di MalaysiaDi bawah ini, kami kongsikan Jadual Berbuka Puasa 2011 & Waktu Imsak bagi seluruh negeri di Malaysia. (Pastikan anda bookmark artikel ini sebagai rujukan anda sepanjang BuLan ramadhan kali ini)
Bil NEGERI
1 JADUAL BERBUKA PUASA 2011 MELAKA & WAKTU IMSAK

2 JADUAL BERBUKA PUASA 2011 JOHOR & WAKTU IMSAK

3 JADUAL BERBUKA PUASA 2011 PERAK & WAKTU IMSAK

4 JADUAL BERBUKA PUASA 2011 SARAWAK & WAKTU IMSAK

5 JADUAL BERBUKA PUASA 2011 SABAH & WAKTU IMSAK

6 JADUAL BERBUKA PUASA 2011 TERENGGANU & WAKTU IMSAK

7 JADUAL BERBUKA PUASA 2011 KELANTAN & WAKTU IMSAK

8 JADUAL BERBUKA PUASA 2011 SELANGOR & WAKTU IMSAK

9 JADUAL BERBUKA PUASA 2011 PAHANG & WAKTU IMSAK

10 JADUAL BERBUKA PUASA 2011 WILAYAH PERSEKUTUAN & WAKTU IMSAK

11 WAKTU BERBUKA PUASA 2011 WILAYAH PERSEKUTUAN & JADUAL IMSAK

12 JADUAL BERBUKA PUASA 2011 PERLIS & WAKTU IMSAK

14 JADUAL BERBUKA PUASA 2011 KEDAH & WAKTU IMSAK

15 JADUAL BERBUKA PUASA 2011 NEGERI SEMBILAN & WAKTU IMSAK

16
JADUAL BERBUKA PUASA 2011 PULAU PINANG & WAKTU IMSAK

berbuka puasa Jadual Berbuka Puasa 2011 & Waktu Imsak Seluruh 
Negeri Negeri Di Malaysia
P/S : Petang nanti, boleh mula ronda-ronda pergi Bazaar Ramadhan pula bagi persiapan berbuka puasa termausklah bubur lambuk biasanya disediakan kebanyakan masjid. Kami ingatkan diri kami sendiri dan juga rakan-rakan Ohduniaku, berserdahanalah ketika berbelanja dan berbuka puasa
[Pastikan anda bookmark artikel Jadual Berbuka Puasa 2011 ini untuk rujukan anda sekeluarga daripada masa ke semasa]
pixel Jadual Berbuka 
Puasa 2011 & Waktu Imsak Seluruh Negeri Negeri Di Malaysia
{ 7 Komen Bernas… Telah Dikongsikan Setakat Ini. Pandangan Anda Pula? }
1 maisarah August 1, 2011 at 4:34 pm
yeay…2 hours to go…. nak gerak g bazaar ramadhan kejap lagi
  
2 Petai August 1, 2011 at 5:41 pm
perot aku dah berjoget ni. Tunggu masa je nak buka puasa kejap lagi. Orang yang paling popular sekarang ini muazzin lah yerk
  
3 yoyo August 1, 2011 at 6:18 pm
lapr la perot…tggu waltu buke je…saba2
  
4 nana August 2, 2011 at 6:07 pm
alah lapar nya skrg….nana tunggu ounya..tunggu punya…tunggu… tak berbuka juga…isk..isk…isk…isk
  
5 Wan August 3, 2011 at 1:55 pm
Jangan ditunggu-tunggu waktu berbuka puasa, makin tunggu tu yang rasa lama tu….
  

6 dg juliati August 2, 2011 at 10:29 pm


Assalamualaikum …..Alhamdulilah
saya rasa sngt2 gembira dlm bulan Ramadhan ini…
kwn2 setiap kali berbuka puasa jgn la kita membazir membeli mknan yg berlebihan k, beli yg mna nak d mkn je k,
klu thn sudah saya sngt membazir tp skg syukur sngt2 dgn meminum air je saya da rasa kenyang ….
apa2 pun Selamat Berpuasa kpd semua umat Islam k
  

7 Wan August 3, 2011 at 1:54 pm


makin tengok waktu berbuka puasa ni makin meragam pulak satu badan. Mata dah nampak juadah berbuka puasa je ni Ya..Allah bagi kekuatan untuk hamba mu ni berbuka masa………
  
Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini



Next post: